CCikguFren

RPT 2027

RPT 2027 percuma dalam format Word, Tahun 2 hingga 6, SK dan SJKC. Disusun mengikut DSKP dan turutan buku teks KPM, dengan tarikh Kalendar Akademik 2027 untuk Kumpulan A dan B.

Muat naik RPT ini ke CikguFren dan RPH harian dijana secara automatik.

Perlu tahu

  • 44 minggu disenaraikan, tetapi kandungan baharu disusun dalam 36 minggu: Minggu 1 orientasi, minggu cuti perayaan penuh (Minggu 6 dan 19), serta Minggu 40–44 untuk UASA dan pengukuhan.
  • Tahun 1 belum disediakan: KSSR 2027 untuk Tahun 1 menunggu DSKP baharu.
  • Bahasa Melayu Tahun 2 dan 3 ada dua versi: ikut DSKP dan buku teks, atau PENJAJARAN (ikut Dokumen Penjajaran KSSR Edisi 3 KPM — hanya Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis; tanpa Seni Bahasa dan Tatabahasa). Pilih satu sahaja.
  • Bahasa Inggeris Tahun 2 dan 3 kini ada versi PENJAJARAN (Listening, Speaking, Reading dan Writing dalam kluster; tanpa Language Arts). Bahasa Inggeris Tahun 2 hingga 6 versi biasa disusun mengikut turutan unit dan pelajaran Scheme of Work KPM.
  • Sains dan Matematik Tahun 2 dan 3 juga ada versi PENJAJARAN. Nombor SP dalam versi ini mengikut Dokumen Penjajaran dan berbeza daripada DSKP; muat naik ke CikguFren dan RPH akan mencetak SP Penjajaran. Pilih satu versi sahaja.
  • Subjek tanpa data buku teks tidak disenaraikan.

Tentang RPT 2027 ini

Rancangan Pengajaran Tahunan ini disusun oleh CikguFren berdasarkan DSKP, turutan buku teks KPM dan Kalendar Akademik 2027 untuk Kumpulan A dan B. Ia ialah bahan perancangan yang disediakan oleh CikguFren, bukan RPT rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum digunakan, semak kandungan dengan DSKP mata pelajaran, takwim sekolah dan kemajuan murid. Guru boleh menyesuaikan susunan minggu serta aktiviti mengikut keperluan kelas.

Pilih RPT mengikut tahun, sekolah dan subjek

  1. Pilih Tahun 2, 3, 4, 5 atau 6 pada senarai di atas.
  2. Pilih kumpulan SK atau SJKC, kemudian mata pelajaran yang diajar.
  3. Muat turun fail DOCX dan buka dalam Microsoft Word atau aplikasi yang menyokong DOCX untuk membuat penyesuaian.

Daripada RPT kepada RPH harian

RPT menyusun kandungan sepanjang tahun; RPH merancang pengajaran untuk sesuatu hari. Selepas menyemak RPT, guru boleh memuat naiknya ke CikguFren bersama jadual waktu, kemudian melengkapkan persediaan harian seperti halaman buku teks. Semak RPH yang dijana dan sesuaikan dengan kelas sebelum digunakan.

Soalan lazim tentang muat turun RPT 2027

Adakah muat turun RPT 2027 ini percuma?

Ya. Fail DOCX pada halaman ini boleh dimuat turun secara percuma tanpa perlu log masuk. Muat turun RPT berbeza daripada penggunaan perkhidmatan penjanaan RPH CikguFren.

Bolehkah saya mengedit RPT dalam Word?

Boleh. Fail disediakan dalam format DOCX yang boleh diedit. Semak dan ubah tarikh, susunan pengajaran serta catatan mengikut sekolah dan murid anda.

Mengapa RPT Tahun 1 tidak disenaraikan?

Koleksi ini hanya meliputi Tahun 2 hingga 6. Tahun 1 mempunyai perubahan kurikulum pada 2027 dan tidak disediakan di sini; jangan gunakan fail tahun lain sebagai gantinya.

Adakah RPT Bahasa Inggeris disediakan?

Ya. Tahun 2 hingga 6 (SK dan SJKC) disusun mengikut turutan unit dan pelajaran Scheme of Work KPM, dengan Standard Pembelajaran DSKP. Tahun 2 dan 3 juga ada versi PENJAJARAN.

Adakah RPT yang dimuat turun terus menjadi RPH?

Tidak. RPT ialah rancangan tahunan. Untuk menjana RPH melalui CikguFren, guru perlu memuat naik RPT, melengkapkan jadual waktu dan persediaan harian, kemudian menyemak hasilnya.