CCikguFren

RPT & Tema Prasekolah 2027

RPT Prasekolah 2027 disusun mengikut Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026) KPM dan Kalendar Akademik 2027 Kumpulan A dan B. Satu RPT untuk murid 4+ dan 5+ tahun — Standard Pembelajaran KP2026 sama untuk kedua-dua umur; bezakan aras aktiviti mengikut umur.

Muat naik RPT dan Tema ini ke CikguFren — RPH prasekolah harian dijana mengikut tema anda.

RPT Prasekolah 2027

Tema Mingguan Prasekolah 2027

Tiga versi kandungan untuk dipilih. Minggu awal (diri, keluarga, kawan, sekolah) dan minggu perayaan sama dalam ketiga-tiga versi; setiap versi ada dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris dengan kandungan yang sama. Pilih satu versi sahaja.

Versi Asas

Tema biasa prasekolah: haiwan, tumbuhan, makanan, kenderaan, pekerjaan.

Versi Sains dan Teknologi

Lebih banyak penerokaan: deria, eksperimen, dinosaur, robot, dunia digital, angkasa lepas.

Versi Hijau dan Sejahtera

Kesejahteraan emosi, kesihatan, keselamatan diri dan menjaga alam sekitar.

Perlu tahu

  • 44 minggu mengikut kalendar: Minggu 1–2 orientasi, Minggu 6 dan 19 cuti perayaan penuh, Minggu 41–44 Persediaan ke Tahun 1 (pengukuhan Kemahiran Asas).
  • Setiap minggu mengandungi Standard Pembelajaran daripada semua bidang; PI dan PM disenaraikan kedua-duanya — guna yang berkenaan.
  • Perayaan disusun mengikut tarikh 2027: Tahun Baharu Cina (Minggu 5), Hari Raya Aidilfitri (Minggu 10), Hari Kebangsaan (Minggu 31), Deepavali (Minggu 38).
  • Terjemahan Cina bagi bidang bukan bahasa dalam RPT SJKC bukan terjemahan rasmi KPM.

← Semua folder